Ejen Hartanah Dan Rumah Lelong. Hartanah Dan Rumah Murah Untuk Dijual & Dilelong Bank Sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Lembah Klang. Pelabur Hartanah Digalakkan Berurusan. Property Negotiator. Property Auctions, House For SaleA. SEBELUM TARIKH LELONGAN; √ Sebaiknya buat kajian harga pasaran semasa berkenaan tempat rumah lelong. Semakan juga boleh dibuat di pejabat Tanah atau pemaju perumahan. √ Semak status dan kelayakan maksimum pinjaman dengan bank sekiranya mahu membuat pinjaman. √ Dapatkan info alamat lengkap rumah yang dilelong (jika perlu) dan lawati sendiri ke lokasi. Rujuk maklumat kepada Ejen Lelong. √ Periksa keadaan rumah samaada berpenghuni atau tidak serta lain-lain keadaan kerosakan jika ada. Melihat keadaan kejiranan dan persekitaran sekeliling. √ Sekiranya berminat, dapatkan salinan Surat Perisytiharan Jualan Lelongan @ Proclamation of Sales (POS) dengan Ejen Lelong. Pastikan tarikh lelongan masih belum terlepas. √ Baca dan fahamkan segala syarat-syarat berkaitan status hartanah / wang deposit / sekatan / cukai tanggungan / bebanan/ bayaran tunggakan dan lain-lain jika ada. √ Sediakan deposit wang tunai 10% daripada harga rizab rumah. Contoh: Harga Rumah: RM100,000.00 X 10% = RM10,000.00 Deposit. √ Buat Bank Draf mengikut syarat yang dinyatakan ke atas penama bank yang melelong. Pastikan tiada kesalahan ejaan pada Bank Draf. ------------------------- B. SEMASA PADA HARI LELONGAN; √ Datang lebih awal ke tempat lelongan. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu bermula. √ Bawa salinan Kad Pengenalan asal (pembida). √ Bawa salian Kad Pengenalan wakil pembida jika mewakilkan Ejen atau orang lain (ahli keluarga) bersama surat kebenaran wakil. √ Bawa Bank Draf yang asal dan buat pengesahan status pendaftaran ke atas rumah yang hendak dibida pada pelelong. √ Sediakan wang tunai berjumlah RM100 untuk tujuan bayaran mati setem (jika menang). √ Letakkan HAD maksimum harga bidaan iaitu bajet kemampuan atau kemahuan. Jika melebihi had harga semasa bidaan, tarik diri dari membida. √ Sekiranya tiada pembida lain mendaftar membida untuk rumah tersebut, kemungkinan boleh mendapat dengan harga rizab (Reserve Price). ------------------------- C. SELEPAS LELONGAN TAMAT; √ Jika berjaya membuat bidaaan, sain Surat Kontrak dan simpankan salinan surat. √ Mohon pinjaman dari bank yang terpilih (jika membli bukan cara tunai). √ Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar nama Hak Milik. Minta bantuan Ejen lelong sekiranya perlu. √ Jelaskan baki harga rumah kepada bank yang melelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari yang ditetapkan. Jika tidak Wang deposit anda bakal hangus. √ Selepas penukaran nama Hak Milik selesai, rumah tersebut telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakannya. • Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari dalam syarat telah ditetapkan. • Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri. • Selepas penukaran hak milik selesai, rumah tersebut telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan @ mendudukinya. • Pembelian hartanah lelong adalah sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang kerana anda dapat berjimat wang sehingga 30% - 40% dari harga pasaran semasa. • Info lanjut @ carian senarai Hartanah Lelong terkini, ‪#‎SMS‬ / ‪#‎WhatsApp‬ / ‪#‎Call‬: +6010 323 5009 FAI

SERVICES

Antara perkhidmatan yang disediakan:
  • Pendaftaran: Membantu mendaftarkan pelanggan dalam senarai pembida hartanah/rumah lelong.
  • POS / COS: Membantu menyediakan surat POS (Perisytiharan Jualan) / COS (Conditions of Sale) dan menerangkan terma dan syarat-syarat sekiranya pelanggan sudah mendaftarkan diri dan menyediakan Bank Draft dari harga rizab (Reserve Price) hartanah/rumah lelong tersebut.
  • Bidding (Bidaan): Membantu mewakili pelanggan untuk membida sekiranya pelanggan tiada masa.
  • Surat Kontrak: Membantu menyediakan atau menghantar surat kontrak (Memorandum Jualan) untuk ditandatangani pelanggan sekiranya berjaya membeli hartanah/rumah lelong tersebut dan menghantar salinan kepada peguam atau pegawai bank.
  • Pinjaman Bank (Loan Bank): Membantu menguruskan pinjaman bank berkaitan urusan hartanah/rumah lelong tersebut. Hanya dokumen berkaitan pembeli diperlukan.
  • Peguam (Lawyer): Membantu menguruskan pinjaman bank berkaitan urusan hartanah/rumah lelong tersebut melalui peguam. Hanya dokumen berkaitan pembeli diperlukan.
  • Membaik Pulih: Membantu mencari kontraktor bagi membaik pulih rumah sekiranya rumah tersebut perlu diperbaiki dengan kadar yang segera. Pembeli perlu membayar kos yang perlu ditanggung.
  • Bil Tunggakan: Membantu menjelaskan bayaran bil tunggakan yang perlu ditanggung oleh pembeli rumah tersebut.

Kelebihan Melantik Ejen Hartanah

Ramai yang tidak mengetahui apa gunanya seorang ejen jika berurusan soal hartanah. Mereka sering menganggap jika melantik ejen hartanah mereka akan dikenakan bayaran lebih. Inilah mentaliti yang perlu kita kikis dalam masyarakat kita hari ini.

Hakikat sebenarnya pasaran hartanah ini adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan. Di bawah adalah garis panduan yang menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah:-

1. Pengetahuan Dan Kemahiran

Dalam bidang kerjaya ejen hartanah ini, amatlah penting untuk anda mempunyai banyak pengetahuan terutamanya mengenai hartanah yang hendak anda jual. Bagi ejen yang sudah lama dalam bidang ini, mereka tidak perlu risau lagi. Akan tetapi, jika anda seorang ejen baru hendak memulakan perniagaan dalam urus niaga hartanah ini, anda harus bijak mengutip pengalaman dan pengetahuan dari mereka yang sudah lama di bidang ini.

Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen perlu berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan hartanah yang hendak dijual itu menjadi rebutan ramai pihak. Maka dengan ini, hartanah anda mudah terjual.

2. Penjimat Masa.

Masa itu emas. Pengguna yang bijak akan menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin. Mereka tidak akan mensia-siakan masa itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sekiranya anda mahu menjual atau membeli rumah, anda tidak perlu membazir masa anda ke sana dan ke mari mencari hartanah yang sesuai. Serahkan sahaja semua tugas-tugas itu kepada ejen.

Seorang ejen boleh menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan contoh-contoh hartanah yang dimiliki. Pembeli cuma perlu menyatakan jenis hartanah yang bagaimana mahu dibeli dan membuat pilihan melalui senarai yang diberikan oleh ejen.

Sebagai ejen, mereka turut menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria yang diingini. Hal ini dapat menjimatkan masa daripada melihat rumah yang tidak menepati kriteria. Dan masa yang ada itu anda boleh isikannya dengan urusan lain.

3. Pembantu Harga Jual Beli

Seandainya, anda ingin membeli sesuatu hartanah yang tidak menggunakan ejen. Kebarangkalian anda akan ditipu berkaitan dengan harga sangatlah tinggi. Apatah lagi jika penjual itu tahu yang anda tidak pernah berurusan soal jual-beli hartanah. Penjual boleh sahaja meletakkan harga yang tinggi semahu-mahunya.

Jadi di sini, jalan pintas untuk mengelakkan anda di tipu dalm soal jual-beli hartanah ini adalah dengan menggunakan khidmat ejen yang berdaftar. Seorang ejen hartanah akan mengetahui sama ada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya atau pun tidak.

Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Semua ini akan diselidiki dan dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.

Di samping itu mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari sesuatu hartanah itu sudah berada di pasaran untuk dijual.

Semua ini harus diambil kira dalam proses rundingan harga. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan. Seeloknya, anda sebagai pembeli harus tahu di tahap mana kemampuan anda untuk memiliki sesuatu hartanah itu.

4. Hubungan Penting

Jika anda rakyat biasa yang ingin membeli sesuatu hartanah dan tidak mengenali pihak yang tertentu dalam menguruskan jual-beli hartanah ini, saya tegaskan sekali lagi anda wajib mempunyai seorang ejen hartanah. Jangan anda fikir semua ejen akan memakan wang anda. Ini kerana ejen berdaftar ada kadar komisen yang patut diterimanya dalam sesuatu jualan. Melainkan jika anda berurusan dengan ejen hartanah haram.

Seorang ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya kepada anda. Anda hanya tinggal menyetujui atau pun tidak sahaja. Sehubungan itu, ejen-ejen hartanah ini juga mempunyai hubungan dan rangkaian yang baik serta boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak. Jadi tidak ada ruginya di sini jika anda menggunakan khidmat seseorang ejen. Malah, saya rasa banyak keuntungannya buat anda.

5. Pengurusan Dokumen

Dalam urus niaga hartanah ini banyak melibatkan pengurusan dokumen penting pindah hak milik. Jadi urusannya sudah pasti merumitkan. Hanya mereka yang pakar dan biasa melakukannya sahaja boleh menguruskannya dengan baik. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih sepuluh muka surat. Ianya bermula daripada keputusan pemilik menjual rumah sehingga masa penyerahan kunci kepada pemilik baru.
P/S: Kerjasama dan komitmen diutamakan dari segala aspek diatas sekiranya perlu dan bergantung kepada persetujuan antara pelanggan dan ejen yang menguruskannya.

**Mencari rumah lelong?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah / rumah lelong disini.
Ejen Hartanah Dan Rumah Lelong. Hartanah Dan Rumah Murah Untuk Dijual & Dilelong Bank Sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Lembah Klang. Pelabur Hartanah Digalakkan Berurusan. Property NegotiatorA. SEBELUM TARIKH LELONGAN; √ Sebaiknya buat kajian harga pasaran semasa berkenaan tempat rumah lelong. Semakan juga boleh dibuat di pejabat Tanah atau pemaju perumahan. √ Semak status dan kelayakan maksimum pinjaman dengan bank sekiranya mahu membuat pinjaman. √ Dapatkan info alamat lengkap rumah yang dilelong (jika perlu) dan lawati sendiri ke lokasi. Rujuk maklumat kepada Ejen Lelong. √ Periksa keadaan rumah samaada berpenghuni atau tidak serta lain-lain keadaan kerosakan jika ada. Melihat keadaan kejiranan dan persekitaran sekeliling. √ Sekiranya berminat, dapatkan salinan Surat Perisytiharan Jualan Lelongan @ Proclamation of Sales (POS) dengan Ejen Lelong. Pastikan tarikh lelongan masih belum terlepas. √ Baca dan fahamkan segala syarat-syarat berkaitan status hartanah / wang deposit / sekatan / cukai tanggungan / bebanan/ bayaran tunggakan dan lain-lain jika ada. √ Sediakan deposit wang tunai 10% daripada harga rizab rumah. Contoh: Harga Rumah: RM100,000.00 X 10% = RM10,000.00 Deposit. √ Buat Bank Draf mengikut syarat yang dinyatakan ke atas penama bank yang melelong. Pastikan tiada kesalahan ejaan pada Bank Draf. ------------------------- B. SEMASA PADA HARI LELONGAN; √ Datang lebih awal ke tempat lelongan. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu bermula. √ Bawa salinan Kad Pengenalan asal (pembida). √ Bawa salian Kad Pengenalan wakil pembida jika mewakilkan Ejen atau orang lain (ahli keluarga) bersama surat kebenaran wakil. √ Bawa Bank Draf yang asal dan buat pengesahan status pendaftaran ke atas rumah yang hendak dibida pada pelelong. √ Sediakan wang tunai berjumlah RM100 untuk tujuan bayaran mati setem (jika menang). √ Letakkan HAD maksimum harga bidaan iaitu bajet kemampuan atau kemahuan. Jika melebihi had harga semasa bidaan, tarik diri dari membida. √ Sekiranya tiada pembida lain mendaftar membida untuk rumah tersebut, kemungkinan boleh mendapat dengan harga rizab (Reserve Price). ------------------------- C. SELEPAS LELONGAN TAMAT; √ Jika berjaya membuat bidaaan, sain Surat Kontrak dan simpankan salinan surat. √ Mohon pinjaman dari bank yang terpilih (jika membli bukan cara tunai). √ Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar nama Hak Milik. Minta bantuan Ejen lelong sekiranya perlu. √ Jelaskan baki harga rumah kepada bank yang melelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari yang ditetapkan. Jika tidak Wang deposit anda bakal hangus. √ Selepas penukaran nama Hak Milik selesai, rumah tersebut telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakannya. • Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari dalam syarat telah ditetapkan. • Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri. • Selepas penukaran hak milik selesai, rumah tersebut telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan @ mendudukinya. • Pembelian hartanah lelong adalah sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang kerana anda dapat berjimat wang sehingga 30% - 40% dari harga pasaran semasa. • Info lanjut @ carian senarai Hartanah Lelong terkini, ‪#‎SMS‬ / ‪#‎WhatsApp‬ / ‪#‎Call‬: +6010 323 5009 FAI
For Any Inquiries and Personalized, Please Call / SMS / WhatsApp 0103235009