Ejen Hartanah Dan Rumah Lelong. Hartanah Dan Rumah Murah Untuk Dijual & Dilelong Bank Sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Lembah Klang. Pelabur Hartanah Digalakkan Berurusan. Property Negotiator. Property Auctions, House For SaleA. SEBELUM TARIKH LELONGAN; √ Sebaiknya buat kajian harga pasaran semasa berkenaan tempat rumah lelong. Semakan juga boleh dibuat di pejabat Tanah atau pemaju perumahan. √ Semak status dan kelayakan maksimum pinjaman dengan bank sekiranya mahu membuat pinjaman. √ Dapatkan info alamat lengkap rumah yang dilelong (jika perlu) dan lawati sendiri ke lokasi. Rujuk maklumat kepada Ejen Lelong. √ Periksa keadaan rumah samaada berpenghuni atau tidak serta lain-lain keadaan kerosakan jika ada. Melihat keadaan kejiranan dan persekitaran sekeliling. √ Sekiranya berminat, dapatkan salinan Surat Perisytiharan Jualan Lelongan @ Proclamation of Sales (POS) dengan Ejen Lelong. Pastikan tarikh lelongan masih belum terlepas. √ Baca dan fahamkan segala syarat-syarat berkaitan status hartanah / wang deposit / sekatan / cukai tanggungan / bebanan/ bayaran tunggakan dan lain-lain jika ada. √ Sediakan deposit wang tunai 10% daripada harga rizab rumah. Contoh: Harga Rumah: RM100,000.00 X 10% = RM10,000.00 Deposit. √ Buat Bank Draf mengikut syarat yang dinyatakan ke atas penama bank yang melelong. Pastikan tiada kesalahan ejaan pada Bank Draf. ------------------------- B. SEMASA PADA HARI LELONGAN; √ Datang lebih awal ke tempat lelongan. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu bermula. √ Bawa salinan Kad Pengenalan asal (pembida). √ Bawa salian Kad Pengenalan wakil pembida jika mewakilkan Ejen atau orang lain (ahli keluarga) bersama surat kebenaran wakil. √ Bawa Bank Draf yang asal dan buat pengesahan status pendaftaran ke atas rumah yang hendak dibida pada pelelong. √ Sediakan wang tunai berjumlah RM100 untuk tujuan bayaran mati setem (jika menang). √ Letakkan HAD maksimum harga bidaan iaitu bajet kemampuan atau kemahuan. Jika melebihi had harga semasa bidaan, tarik diri dari membida. √ Sekiranya tiada pembida lain mendaftar membida untuk rumah tersebut, kemungkinan boleh mendapat dengan harga rizab (Reserve Price). ------------------------- C. SELEPAS LELONGAN TAMAT; √ Jika berjaya membuat bidaaan, sain Surat Kontrak dan simpankan salinan surat. √ Mohon pinjaman dari bank yang terpilih (jika membli bukan cara tunai). √ Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar nama Hak Milik. Minta bantuan Ejen lelong sekiranya perlu. √ Jelaskan baki harga rumah kepada bank yang melelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari yang ditetapkan. Jika tidak Wang deposit anda bakal hangus. √ Selepas penukaran nama Hak Milik selesai, rumah tersebut telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakannya. • Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari dalam syarat telah ditetapkan. • Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri. • Selepas penukaran hak milik selesai, rumah tersebut telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan @ mendudukinya. • Pembelian hartanah lelong adalah sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang kerana anda dapat berjimat wang sehingga 30% - 40% dari harga pasaran semasa. • Info lanjut @ carian ai h ong terkini, ‪#‎SMS‬ / ‪#‎WhatsApp‬ / ‪#‎Call‬: 0182655508

Dokumen, Jenis Fi & Caj Penting Untuk Pembiayaan Rumah

Dokumen, Jenis Fi & Caj Penting Untuk Pembiayaan Rumah
Dokumen, Jenis Fi & Caj Penting Untuk Pembiayaan Rumah

Membeli rumah dengan cara bijak memerlukan banyak perancangan dan kaji selidik. Mengetahui langkah asas atau selok belok membeli rumah boleh dapat membantu menjimatkan masa, tenaga dan juga wang.


Sebagai contoh, komitmen bulanan seperti ansuran rumah dan kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.

Secara purata, kos bagi membeli rumah memerlukan antara 10%-20% daripada harga sebagai bayaran deposit, manakala 3%-5% lagi adalah sebagai kos sampingan, seperti bayaran guaman Perjanjian Pembiayaan & Jual Beli, duti setem dan lain-lain fi (jika ada).

Setiap bank mempunyai kriteria, prosedur, syarat atau kadar yang berbeza dalam menentukan kemampuan membayar balik pembiayaan perumahan. Di bawah ini senarai dokumen penting yang WAJIB pembeli menyediakannya bagi membuat permohonan pembiayaan perumahan. Antaranya;

• Salinan kad pengenalan atau pasport
• Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
• Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
• Dokumen perjanjian jual beli / resit pembayaran deposit atau tempahan / surat tawaran daripada pemaju
• Sesalinan surat hakmilik tanah (jika ada)
• Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit simpanan tetap
• Laporan penilaian harta (untuk rumah sudah siap) dan/atau
• Jika anda bekerja sendiri, anda perlu melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, penyata bank untuk 3 bulan terakhir, penyata kewangan terkini dan dokumen lain yang boleh menyokong sumber pendapatan.

**Sesetengah bank mungkin memerlukan dokumen sokongan tambahan dari pembeli rumah.

FI DAN CAJ
Pembeli rumah perlu menjelaskan kos-kos berkaitan seperti fi perkhidmatan profesional dan caj yang dikenakan oleh Kerajaan. Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi dan caj.

----------------------------------------------

Duti Setem
• Perjanjian jual beli
1% ke atas RM100,000 pertama
0.5% untuk RM4,900,000 seterusnya
• Perjanjian pembiayaan
0.5% daripada jumlah pinjaman atau RM5 bagi setiap RM1,000
• Pindah hakmilik (untuk rumah sudah siap sahaja)
1% ke atas RM100,000 pertama
2% untuk RM400,000 seterusnya
Fi Pengeluaran Pembiayaan Perumahan

Termasuk fi untuk pendaftaran cagaran, caj untuk carian tanah dan fi untuk carian kebankrapan.

**Mungkin berbeza bagi negeri, pejabat tanah dan jenis harta yang berlainan.

Sebagai contoh, di Selangor and Wilayah Persekutuan, fi dan caj yang dikenakan berada dalam lingkungan RM300 hingga RM700.

----------------------------------------------

Fi Pemprosesan
Dikenakan sekali sahaja untuk tujuan memproses permohonan pinjaman anda
RM50 untuk jumlah pembiayaan sehingga 30,000
RM100 untuk jumlah Pembiaayan dari RM30,001 – 100,000
RM200 untuk jumlah Pembiaayan dari100,000 ke atas

Nota: Jenis caj dan jumlah caj yang dikenakan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Bertanya dengan pegawai bank untuk mendapatkan nasihat lanjut dan bawa perbincangan jika ada sebarang kemusykilan berhubung dengan jenis fi serta khidmat guaman.

Semak kiraan anggaran "Legal Fees and Stamp Duty" menggunakan kalkulator di sini: http://www.ebanklelong.com/p/legal-fees-stamp-duty.html

Semoga bermanfaat. LIKE SHARE TAGGED. Thanks!

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Join Our Channel Group on Telegram: https://telegram.me/fairo
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

http://mlbboards.com Tags: Auctions, House, For Sale, Price, Property, Ejen Hartanah, Rumah Lelong, Bank Lelong, Jualan, Shah Alam, Klang, Selangor, Kuala Lumpur

For Any Inquiries and Personalized Please Call / SMS / WhatsApp +6 0 1 0 - 3 2 3 - 5 0 0 9
Ejen Hartanah Dan Rumah Lelong. Hartanah Dan Rumah Murah Untuk Dijual & Dilelong Bank Sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Lembah Klang. Pelabur Hartanah Digalakkan Berurusan. Property NegotiatorA. SEBELUM TARIKH LELONGAN; √ Sebaiknya buat kajian harga pasaran semasa berkenaan tempat rumah lelong. Semakan juga boleh dibuat di pejabat Tanah atau pemaju perumahan. √ Semak status dan kelayakan maksimum pinjaman dengan bank sekiranya mahu membuat pinjaman. √ Dapatkan info alamat lengkap rumah yang dilelong (jika perlu) dan lawati sendiri ke lokasi. Rujuk maklumat kepada Ejen Lelong. √ Periksa keadaan rumah samaada berpenghuni atau tidak serta lain-lain keadaan kerosakan jika ada. Melihat keadaan kejiranan dan persekitaran sekeliling. √ Sekiranya berminat, dapatkan salinan Surat Perisytiharan Jualan Lelongan @ Proclamation of Sales (POS) dengan Ejen Lelong. Pastikan tarikh lelongan masih belum terlepas. √ Baca dan fahamkan segala syarat-syarat berkaitan status hartanah / wang deposit / sekatan / cukai tanggungan / bebanan/ bayaran tunggakan dan lain-lain jika ada. √ Sediakan deposit wang tunai 10% daripada harga rizab rumah. Contoh: Harga Rumah: RM100,000.00 X 10% = RM10,000.00 Deposit. √ Buat Bank Draf mengikut syarat yang dinyatakan ke atas penama bank yang melelong. Pastikan tiada kesalahan ejaan pada Bank Draf. ------------------------- B. SEMASA PADA HARI LELONGAN; √ Datang lebih awal ke tempat lelongan. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu bermula. √ Bawa salinan Kad Pengenalan asal (pembida). √ Bawa salian Kad Pengenalan wakil pembida jika mewakilkan Ejen atau orang lain (ahli keluarga) bersama surat kebenaran wakil. √ Bawa Bank Draf yang asal dan buat pengesahan status pendaftaran ke atas rumah yang hendak dibida pada pelelong. √ Sediakan wang tunai berjumlah RM100 untuk tujuan bayaran mati setem (jika menang). √ Letakkan HAD maksimum harga bidaan iaitu bajet kemampuan atau kemahuan. Jika melebihi had harga semasa bidaan, tarik diri dari membida. √ Sekiranya tiada pembida lain mendaftar membida untuk rumah tersebut, kemungkinan boleh mendapat dengan harga rizab (Reserve Price). ------------------------- C. SELEPAS LELONGAN TAMAT; √ Jika berjaya membuat bidaaan, sain Surat Kontrak dan simpankan salinan surat. √ Mohon pinjaman dari bank yang terpilih (jika membli bukan cara tunai). √ Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar nama Hak Milik. Minta bantuan Ejen lelong sekiranya perlu. √ Jelaskan baki harga rumah kepada bank yang melelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari yang ditetapkan. Jika tidak Wang deposit anda bakal hangus. √ Selepas penukaran nama Hak Milik selesai, rumah tersebut telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakannya. • Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari dalam syarat telah ditetapkan. • Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri. • Selepas penukaran hak milik selesai, rumah tersebut telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan @ mendudukinya. • Pembelian hartanah lelong adalah sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang kerana anda dapat berjimat wang sehingga 30% - 40% dari harga pasaran semasa. • Info lanjut @ carian senarai Hartanah Lelong terkini, ‪#‎SMS‬ / ‪#‎WhatsApp‬ / ‪#‎Call‬: 0182655508
For Any Inquiries and Personalized, Please Call / SMS / WhatsApp 0182655508